|
Selamat datang ke bahagian pembelajaran
DI bahagian ini kami mempamerkan pelbagai
jenis bahan pembelajaran atau contoh yang
terbaik akan diletakkan di halaman utama
Sinaran
Ultra Ungu Boleh Bunuh Virus Korona
Virus korona yang memnyebabkan
Sindrom Pernafasan Akut Yang Teruk (SARS)
boleh dibunuh dengan pancaran ultra ungu dan
haba, kata seorang saintis China.
Timbalan Pengarah Institut
Virologi di Pusat Penyakit Berjangkit dan
Pengcegahan China, Dong Xioaping, berkata
jangka hayat virus korona berkenaan dapat
dikurangkan dengan suhu yang tinggi.
Beijing Time melaporkan kumpulan
penyelidik yang diketuai Dong mededahkan
virus korona itu sangat sensitif pada suhu
tinggi di mana ia mampu hidup lima hari pada
suhu 24 darjah Celcius.
Bagaimanapun, katanya, ia mampu
bertahan selama 90 minit pada suhu 56 darjah
Celcius dan 30 minit pada suhu 75 darjah
Celcius.
Menurut Dong, sinaran ultra ungu
yang dipancarkan pada jam 10 pagi ketika
hari panas bulan Mei di Beijing boleh
membunuh virus itu dalam masa 3 jam.
Beliau memberitahu sedemikian
ketika mesyuarat pertubuhan negara-negara
Asia Tenggara (ASEAN), China, Jepun dan
Republik Korea selama 2 hari yang dirasmikan
Timbalan Menteri Kesihatan, Gao Qiang, yang
membincangkan isu penting berhubung kawalan
dan pencegahan SARS.
Sementara itu, jumlah mangsa SARS
semakin berkurangan dengan China dan Taiwan
tidak melaporkan sebarang kes baru. Manakala
Hong Kong hanya mencatatkan satu jangkitan
terkini.
Pada April 2003, SARS mula
memuncak di ketiga-tiga negara terbabit
dengan angka kematian hampir mencecah 780
orang manakala lebih 8300 yang lain
dijangkiti, diseluruh dunia. Sehingga kini,
saintis masih mencuba mencari penawar
penyakit maut itu.
Di Hong Kong, pihak berkuasa
melaporkan satu jangkitan baru sahaja
membabitkan seorang kakitangan perubatan
yang dikuarantin.Tetapi, tiada kematian
dilaporkan.
Sementara di China, negara yang
mempunyai angka kematian dan jangkitan
tertinggi di dunia tidak melaporkan sebarang
kes baru.
|